Wednesday 17 November 2010

3 Pemuda...

shalom semua, pada hari yang indah dan bahagia... sy maw kasih cerita pasal satu cerita yang sy dapat dari Father time dulu2... sy pun lupa sdh siapa tu Father sbab itu masih budak bh... Tapi sy bukan kasih cerita 100% sama... mgkin ada part tambahan ataw part yang salah.. heheh... So, gini lh cerita dia...

Pada suatu Hari, ada 3 orang pemuda tengah berjalan-jalan di suatu petang. Untuk pengetahuan, pemuda yang pertama ialah org yang kuat makan betul, yang kedua sangat kaku botol (alcoholic person lah tu) dan pemuda yang ketiga ialah seorang heavy-smoker. Tiba2, diorang terjumpa satu pelita terbiar (macam cerita aladin pula... hahaha). Diorang pun ambil pelita dan gosok2 tu pelita (sebab tepengaruh dengan cerita aladin) dan jinny keluar dari pelita tersebut. Punya main terkejut diorang dan Jinny itu berkata "Hai manusia, terima kasih kerana telah membebaskan dari dari penjara kecil yang sempit dan kima nie. Sebagai balasan, saya akan tunai kan setiap seorang kamu satu permintaan." Pemuda yang pertama pun cakap "Saya maw makanan yang banyak,". Jinny cakap "Ok, settle. ko pigi masuk itu gua.. ada banyak makanan,". Pemuda pertama pun pigi dan pintu gua pun tertutup. Permuda kedua pula cakap "Saya maw semua arak dunia nie biar murah mahal,". Jinny balas "Bh, ko pigi sana gua sabalah. Settle,". Last sekali, itu permuda ketiga cakap "Saya maw semua rokok, biar puas saya hisap,"."Boleh bh kalo ko, ko pigi lagi gua sana tu,". Selapas sepuluh tahun, Tu Jinny pigi buka tu pintu gua masing2. First2 punya gua, ternampak mayat permuda pertama kerana terlalu banyak makan dan keracunan makanan, gumuk lagi tu. second gua kena buka, nampak mayat org buncit kerana terlebih kandungan alcohol. last sekali, gua ketiga di buka, tenyata dia masih hidup. Jinny tu tanya kenapa ko tidak mati macam kawan ko. Permuda itu dengan kencang membalas "KO INDA BAGI MACIS SAMA SAYA, MACAM MANA SAYA MAW ISAP SIGUP".

~The end~

No comments: